TAMAT SAINGAN LIGA SUPARIMAU MUSIM B 2022

Alhamdullilah syukur di atas kurniaNya di beri kesihatan dan kesempatan waktu untuk menamatkan saingan Liga SupaRimau musim B 2022 kali ini. Ucapan penghargaan buat seluruh barisan jurulatih , pengurus pasukan,serta ibu bapa yang tidak putus-putus memberi sokongan dan komitmen yang tinggi setiap minggu sejak sepak mula diadakan hingga 12 minggu perlawanan berlangsung. TAHNIAH pada yang terlibat, anda memang  HEBAT. 
Ucapan jutaan terima kasih juga buat rakan penaja yang telah menaja KIT JERSI untuk musim 2022/23
Pihak Harimau Muda Klang merakamkan jutaan penghargaan juga buat ahli perniagaan,ahli koperat,ahli politik,syarikat dan individu yang turut membantu dalam pembangunan bola sepak akar umbi ini.
                            ahli politik
                           ahli koperat
Semoga usaha dan jasa baik dari semua pihak terus kekal menjadi tunjang pembangunan bola sepak negara. 

LIGA SUPARIMAU MUSIM B
Pada musim B kali ini 7 pasukan dalam 4 katagori bawah 6,8,10 dan 12 tahun telah bersaingan di Liga SupaRimau musim B. Lebih100 pelatih dan 20 pengurus dan jurulatih telah terlibat sepanjang 12 minggu perlawanan. Berbanding musim A yang lalu hanya 3 pasukan dalam katagori bawah 8,10 dan 12 tahun. Hampir 12 minggu semua ibu bapa,jurulatih dan pihak pengurusan memberi komitmen dan sokongan yang tinggi demi memastikan setiap perlawanan berjalan dengan lancar dan sempurna. Semua pemain yang terlibat juga telah menunjukkan kemampuan mereka dengan begitu baik dan menunjukkan peningkatan berbanding hari pertama mereka melangkah ke padang latihan. Harimau Muda Klang akan sentiasa komited untuk menyediakan peluang dan memberi pendedahan buat mereka. Teruskan menyokong dan dorongan demi peningkatan fizikal,mental dan keyakinan dalam bidang sukan terutama bola sepak. 

GALERI MUSIM B

Berakhirnya 12 minggu di kejohanan Liga SupaRimau musim B. Dua musim yang penuh dengan cabaran pendemik covid-19. Segala persiapan dan latihan tertakluk dengan SOP pendemik sejak sepak mula Liga Suparimau musim A pada awal tahun yang lalu. Apa jua cabaran yang di lalui ianya tidak mematahkan semangat Harimau Muda Klang untuk sama-sama memeriahkan arena bola sepak peringkat akar umbi. TAHNIAH !!.buat semua pejuang-pejuang bola sepak akar umbi seluruh negara yang tidak pernah rasa putus asa melatih anak-anak kecil yang berbekalkan minat dan berimpian menjadi pemain bola sepak yang tersohor suatu hari nanti. Tanpa anda semua siapalah mereka suatu hari nanti. "JUMPA LAGI DI MUSIM C NANTI".
   

TERIMA KASIH SEMUA KERANA ANDA KAMI BELAJAR






Comments

Popular posts from this blog

BERMULA SAINGAN LIGA SUPARIMAU 2022 MUSIM C

PERANAN IBUBAPA DALAM KEHIDUPAN SUKAN ANAK-ANAK