AGM SESSION 2020/2021
MESYUARAT AGONG TAHUNAN KELAB BOLASEPAK HARIMAU MUDA KLANG
SESI 2020/2021
Khamis 20/8/2020 bersamaan 1 Muharram 1442H KELAB BOLASEPAK HARIMAU MUDA KLANG telah mengadakan MESYUARAT AGONG TAHUNAN buat julung kalinya bagi sesi 2020/2021 . Program tahunan ini yang sepatutnya di adakan pada bulan April lalu terpaksa di tunda ke tarikh ini di sebabkan Pendemik Covid-19 yang melanda negara . Bermula 18/3/2020 di mana Pihak Kerajaan mengistiharkan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) segala program dan aktiviti kelab terpaksa di tangguhkan sehingga 15/7/2020 di mana semua aktiviti sukan berpasukan dan rekreasi di benarkan oleh pihak kerajaan seperti biasa mengikut Standard Operating procedure (SOP) yang telah di tetapkan oleh KEMENTRIAN KESIHATAN MALAYSIA .
Di atas kebenaran tersebut Kelab Bolasepak Harimau Muda Klang telah memulakan aktiviti latihan mingguan dan perlawanan persahabatan dalaman mengikut S.O.P yang telah di tetapkan oleh pihak KKM untuk persiapan pasukan U10 bagi mengharungi baki perlawanan AIR ASIA KL JUNIOR LEAGUE Division 2 U10 yang telah bermula pada 16/8/2020 yang lalu .
Dengan kebenaran ini juga pihak Kelab Bolasepak Harimau Muda Klang mengambil kesempatan mengadakan MESYUARAT AGONG TAHUNAN edisi pertama bagi pelantikan ahli jawatan baru sesi 2020/2021 .
MESYUARAT AGONG TAHUNAN edisi pertama ini juga turut di adakan beberapa acara seperti PELIKAT FUTSAL LELAKI DEWASA & REMAJA , TENDANGAN PENALTI WANITA DEWASA & REMAJA dan PERLAWANAN BOLA SEPAK PERSAHABATAN di antara TEAM U10 vs TEAM U9 dan TEAM U8A vs TEAM U8B .
Walaupun masih dalam tempoh PKPP dan wabak pendemik covid-19 melanda negara , acara-acara yang telah di rancang mendapat sambutan hangat dan sangat meriah . Bertepatan dengan konsep kekeluargaan yang di terapkan oleh Kelab Bolasepak Harimau Muda Klang semenjak penubuhannya awal tahun lalu .
Semangat kekeluargaan yang di bina semenjak penubuhan kelab ini telah menjadi tunjang kepada peningkatan kemahiran dan keyakinan anak-anak serta ibubapa untuk terus menjadikan Kelab Bolasepak Harimau Muda Klang sebagai platform mencungkil bakat anak-anak dalam pembangunan sukan khususnya bola sepak .
Teruskan menyokong minat dan bakat anak-anak . Semoga pengorbanan ini menjadi semangat untuk merka terus maju seiring dalam bidang akedemi dan sukan . "Majulah Sukan Demi Perkembangan Minda dan Fizikal anak-anak". Terima Kasih
"From Zero To Hero"
Comments
Post a Comment