BERMULA SAINGAN LIGA SUPARIMAU 2022 MUSIM C
Sepak mula saingan di Liga SupaRimau Musim C telah membuka tirainya pada 25 September 2022 lalu. Pada musim C kali ini, HARIMAU MUDA KLANG telah menghantar 10 pasukan dari katagori bawah 6 tahun hingga 12 tahun, seramai 124 orang pelatih dan 20 orang jurulatih serta pengurus pasukan telah terlibat di empat venue perlawanan iaitu di Endfield Damansara, GEMS International school,Stadium Panasonic dan Eco Ardence pada setiap minggu hari sabtu dan ahad sehingga hujung bulan November nanti. Berikut merupakan kumpulan setiap pasukan di Liga SupaRimau Musim C ini.
Terima kasih di atas sokongan dan komitmen ibubapa bagi memastikan semua pelatih yang terlibat memberi kerjasama dalam pasukan dan sentiasa bersedia setiap minggu perlawanan. Harimau Muda Klang akan sentiasa komited dalam menyediakan peluang buat semua pelatih merasai pengalaman dalam sukan bola sepak peringkat awalan mengikut format bola sepak akar umbi.
Tahniah buat PERSATUAN BOLASEPAK MALAYSIA DAN MAXIM EVENTS kerana telah menyediakan pentas pertandingan yang kompetetif mengikut tahap pasukan dari akedemi dan kelab bolasepak akar umbi seluruh negara. Pentas ini dapat memberi peluang buat penggiat-penggiat bola sepak akar umbi dan anak-anak muda meminati dan menunjukkan bakat dalam sukan bola sepak. Secara tidak langsung ianya dapat melahirkan lebih ramai pemain profesional suatu hari nanti.
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan buat individu, syarikat dan ibubapa yang turut menyumbang kelengkapan pasukan dan set jersi musim C kali ini. Semoga sumbangan ini memberi semangat untuk anak-anak terus meminati sukan bola sepak dan memberi memanfaat yang baik buat semua. Harimau Muda Klang sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan dari semua pihak agar aktiviti sukan bola sepak peringkat awalan ini terus maju dan konsisten menjadi sebahagian akedemi bolasepak yang akan melahirkan lebih ramai pemain untuk negara masa hadapan.
Hari ini adalah permulaan buat mereka langkah mereka masih jauh dan perlu proses pembelajaran yang konsisten. Mereka masih perlukan sokongan dan komitmen untuk terus berada dalam bidang sukan. Sukan dan akedemi perlu jalan seiring demi minat dan impian. Jangan putus asa teruskan usaha. Tiada perkara yang mustahil jika terus berusaha. Kejayaan pasti muncul suatu hari nanti.
Masa dan wang ringgit yang di korbankan pasti membuahkan hasil untuk keluarga,bangsa dan negara. Bola sepak bukan sekadar sukan ianya lebih kepada hubungan kekeluargaan yang sempurna. Tanpa keluarga yang mendokong dan menyokong siapalah mereka untuk berjaya dalam bidang sukan suatu hari nanti. Tahniah juga buat pejuang dan pengiat sukan akar umbi terutamanya bola sepak anda memang yang TERBAIK. Teruskan usaha tampa mengira siapa mereka dan berusaha melatih dan mendidik untuk memastikan mereka berjaya suatu hari nanti......TERIMA KASIH

Comments
Post a Comment