ULANGTAHUN PERTAMA KELAB BOLASEPAK HARIMAU MUDA KLANG
Tanggal 26 March 2019 secara rasminya KELAB BOLASEPAK HARIMAU MUDA KLANG telah berjaya mendapat Perakuan Pendaftaran sebagai badan sukan di bawah seksyen 17 Akta Pembangunan Sukan 1997 yang telah di tandatangani oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia iaitu Dato' Zaiton Othman .
Ini bermakna pada tahun 2020 ini genap setahun penubuhannya . Walaupun secara rasminya masih setahun dalam arena grassroot football , kelab ini begitu komited dalam pembangunan serta mencungkil bakat -bakat baru dan akan mensasarkan lebih ramai lagi grassroot footballer yang berkualiti menjelang 2022 . Ini dapat di buktikan dengan adanya program - program latihan dan penyertaan di kejohanan dalam dan luar negara sepanjang tahun 2019 yang lalu .
Antara program latihan dan kejohanan sepanjang 2019
PROGRAM LATIHAN KHAS GROOMING U8 & U9 2019
Program latihan Grooming u8 & u9 2019 ini di adakan khas untuk pelatih bawah umur 9 tahun . Pelatih - pelatih ini di pilih berdasarkan komitmen ibubapa yang sentiasa menyokong minat anak - anak dalam sukan bola sepak . Pihak kelab percaya tanpa komitmen ibubapa , pastinya anak - anak tidak dapat mengikuti jadual latihan yang padat setiap hujung minggu sepanjang tahun 2019 yang lalu termasuk latihan waktu malam sepanjang bulan ramadan yang diadakan di Padang MBSA Shah Alam .
KEM LATIHAN & MOTIVASI
Dalam kepadatan jadual latihan , pihak kelab turut mengadakan KEM LATIHAN & MOTIVASI 2 hari 1 malam bertempat di Chelat Rimba Jinbara , Kemensah . Kem latihan ini di adakan bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelatih yang terlibat mengenali lebih dekat di antara satu sama yang lain serta mengukuhkan kesefahaman mereka dalam satu pasukan . Selain daripada latihan padang dan kecergasan , program latihan kerohanian , nilai - nilai murni serta motivasi turut di adakan dalam KEM LATIHAN yang lalu .
Setiap program - program yang diadakan pastinya akan meninggalkan moment - moment yang tersendiri sebagai pengalaman serta memori yang akan mereka ingat suatu hari nanti , " sukan tidak membina karektor mereka , tetapi mereka mendapat pendedahannya dari sukan" .
LATIHAN MINGGUAN
Latihan mingguan di adakan setiap hujung minggu sabtu atau ahad sepanjang 2019 lalu turut memberi peluang kepada pelatih - pelatih baru mendaftar serta mengikuti modul latihan yang di kendalikan oleh Coach Udin . Pendaftaran di buka sepanjang tahun lalu bagi membolehkan pihak kelab mencungkil bakat - bakat baru bermula dari umur 7 hingga 9 tahun . Ini berketepatan dengan Slogan kelab iaitu " From Zero To Hero". Pada tahun lalu pihak kelab hanya memfokuskan pelatih seawal usia 7 hingga 9 tahun sahaja kerana seawal usia ini perlu di beri pendedahan awal basic bola sepak moden . Generasi baru zaman ini sangat beruntung kerana adanya banyak grossroot football academy di seluruh negara menyediakan peluang untuk anak - anak mengikuti latihan secara serius dalam sukan bola sepak .
SK KAMPUNG JAWA , KLANG merupakan vanue latihan KELAB BOLASEPAK HARIMAU MUDA KLANG sepanjang penubuhannya . Ucapan terima kasih kepada pihak sekolah khususnya Guru Besar SK Kampung Jawa , Klang kerana memberi kebenaran untuk pihak kelab menjalani latihan setiap minggu .
PROGRAM KEKELUARGAAN
"Anak yang hebat pastinya lahir dari keluarga yang hebat ". Konsep kekeluargaan sentiasa di terapkan dalam pengurusan Kelab Bolasepak Harimau Muda Klang , perkara ini dapat di lihat di setiap program latihan dan kejohanan , komited dan komitmen penglibatan ibubapa menjadi keutamaan kelab . Kami percaya dengan penglibatan ibubapa , akan ada ramai lagi pelatih yang berkualiti suatu hari nanti .
Antara program kekeluargaan yang di adakan pada 2019 yang lalu adalah Majlis Jamuan Opening Season & Doa Selamat .
Pihak kelab dan ibubapa berkesempatan untuk meraikan ulangtahun kelahiran para pelatih demi mengiratkan silaturahim antara pelatih , ibubapa dan kelab . Teruskan kemuafakatan ini demi perkembangan anak - anak dalam bidang sukan khususnya sukan bola sepak .
PERLAWANAN PERSAHABATAN DAN KEJOHANAN 2019
Sepanjang 2019 lalu , KELAB HARIMAU MUDA KLANG telah menyertai di beberapa kejohanan mengikut ketegori umur yang di pertandingkan . Di antaranya
KEJOHANAN BOLA SEPAK U8 MPAJ
friendly match U9 bersama TSS JUNIOR SELANGOR ELITE . Ini merupakan sebahagian daripada kejohanan dan perlawanan persahabatan dalam negara yang di sertai dalam tempuh setahun penubuhannya . Pada bulan Oktober 2019 lalu , Kelab Bolasepak Harimau Muda Klang bersama ibupada serta keluarga telah berangkat ke Indonesia bagi menyertai kejohanan INDONESIA FARMEL CUP 2019 U9 yang di adakan di Lapangan Sepak Bola STADIUM GELORA BUNG KARNO , SENAYAN .
Menyertai Kejohanan ini sangat bermakna serta memberi pengalaman dan ilmu baru buat pengurusan , pelatih serta ibubapa . Ini merupakan pengalaman pertama mereka bermain dan bersaing di peringkat antarabangsa dalam sukan bola sepak .
Dengan ada pengalaman ini pastinya akan menjadi detik sejarah buat mereka untuk di kenang suatu masa nanti . " one day you won't be an ahtlete anymore you will have just the memories of one"
Pihak kelab Bolasepak Harimau Muda Klang mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi - tinggi penghargaan kepada ibubapa , pihak penaja dan individu yang banyak menyumbang demi merialisasikan impian anak - anak kecil ini untuk bersaing di peringkat antarabangsa dalam sukan bola sepak .
MEWAKILI SEKOLAH
Kejohanan Bola sepak MSSD bawah 12 tahun baru saja berlangsung di Lembah Klang baru - baru ini . Beberapa pelatih Kelab Harimau Muda Klang terutama umur 10 tahun telah terpilih untuk mewakili sekolah masing -masing .
Pihak kelab amat berbangga di atas pencapaian dan pemilihan untuk mewakili sekolah di pertandingan MSSD U12 baru - baru ini . Ucapan tahniah juga kepada ibubapa kerana berusaha dan mengorbankan banyak masa di padang untuk mereka . Tidak kira mereka menang atau pun kalah ibubapa tetap ada bersama . Jutaan terima kasih Terima kasih di ucapkan kepada COACH KELAB BOLASEPAK HARIMAU MUDA KLANG kerana terus bersabar dan memberi sepenuh komitmen dalam latihan mereka . Dengan kesabaran dan komitmen ini juga ramai di antara pelatih ‐ pelatih kelab ini telah terpilih dan ada yang telah di senarai pendek untuk mengikuti latihan di AKEDEMI TUNAS
SUKU PERTAMA MUSIM 2020
Pada musim 2020 ini Kelab Bolasepak Harimau Muda Klang telah menyertai U10 DIVISON 2 AIR ASIA JUNIOR LEAGE . Kejohanan liga yang telah memasuki minggu ke 2 ini telah memberi banyak pengalaman baru buat pelatih serta pihak pengurusan kerana ini adalah penyertaan yang julung kalinya . Pihak pengurusan serta jurulatih telah menyenarai 18 orang pemain di antara umur 7 hingga 10 tahun . Liga Air Asia ini telah bermula pada 2 Feb hingga 19 April setiap hari ahad .
Selain daripada itu juga beberapa kejohanan luar juga turut di pilih untuk ketegori U8 & U9 dalam tempuh suku pertama tahun 2020 ini . Penyertaan kejohanan ini adalah untuk menilai sejauh mana perkembangan dan kemahiran mereka semenjak mereka mula berlatih di Kelab ini .
"ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Masih belum terlambat untuk saya ucapkan selamat datang kepada ibubapa pelatih-pelatih baru yang telah mendaftar di KELAB BOLASEPAK HARIMAU MUDA KLANG bagi musim suku pertama 2020 ini . Untuk pengetahuan ibubapa semua Kelab Bolasepak Harimau Muda Klang merupakan platform untuk anak-anak menceburi sukan bola sepak di peringkat usia awal ini .
Kelab Bolasepak Harimau Muda Klang atau HMK FC sentiasa berusaha sebaik mungkin untuk menyediakan latihan serta memberi peluang untuk anak-anak menyertai kejohanan bola sepak mengikut kategori usia di musim suku pertama 2020 ini .
Saya sangat mengalu-alukan penglibatan ibubapa dalam pengurusan , pembangunan serta meningkatkan kemahiran anak-anak dalam sukan bolasepak di HMK FC ini .
Teruskan menyokong minat anak-anak dalam bidang sukan . Tidak kira apa jua sukan yang mereka ceburi teruskan memberi sokongan . Jika hari ni mereka tidak mahir , bukan bermakna meraka tidak pandai . Latihan yang serius , konsisten serta komitmen ibubapa tidak mustahil mereka akan hebat suatu hari nanti . Berketepatan dengan slogan HMK FC "from zero to hero".
Tidak lupa juga saya ingin ucapakan TAHNIAH kepada pelatih-pelatih HMK FC yang telah di senarai pendek untuk mengikuti latihan di Akedemik Tunas .
"Majulah sukan demi perkembangan fizikal dan minda anak -anak"
President
Terima Kasih dan jumpa lagi

Comments
Post a Comment