SEASON B Liga SupaRimau
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
TAHNIAH!!!!.....kepada semua pasukan yang telah mengharungi separuh dari keseluruhan jadual perlawanan di Liga SupaRimau Season B 2022. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat semua ibubapa,barisan jurulatih dan pengurus pasukan serta pemain yang terlibat.Komitmen dan sokongan yang sangat baik dan kesungguhan dari semua pemain.Teruskan memberi sokongan buat mereka dan terus berusaha dengan lebih baik untuk masa hadapan . "Tiada yang mustahil jika usaha berterusan dan secara konsisten". InsyaAllah mereka akan menjadi satu pasukan dan pemain yang terbaik suatu hari nanti.
Dalam kehangatan di Liga SupaRimau Season B 2022 yang sedang berlangsung. HARIMAU MUDA KLANG FOOTBALL ACADEMY telah mengesahkan slot dan sedang mempersiapkan pasukan bawah 8 tahun ke Milo Junior Champions League Season A 2022. Barisan jurulatih bawah 8 sedang meneliti serta menilai pemain berusia 8 dan 7 tahun untuk di senarai pendek sebagai 14 pemain sebelum di daftarkan ke liga tersebut yang akan berlangsung pada 23 Julai 2022 di JSA ARENA,SETIA ALAM.
Harimau Muda Klang Football Academy juga akan berkolaborasi bersama SPORTMASS(Sport & health) untuk mengadakan program FOOTBALL Training Camp batch pertama yang akan di sertai seramai 12 orang pemain dari usia 11&12 tahun. Program ini diadakan bertujuan memberi pengetahuan dan pemahaman awal pemain berkaitan kecergasan,pemakanan,pemulihan dan asas sains sukan untuk menjadi ahli sukan terutama sukan bola sepak. 12 orang pemain dari batch pertama ini akan di pilih dan di panggil atas kebenaran ibubapa ke pusat latihan 3H2M yang akan berlangsung pada pertengahan Julai nanti. Program ini juga bertujuan untuk membina sahsiah diri untuk menjadi seorang pemain bola sepak sebelum mereka melangkah ke peringkat seterusnya ke katagori peringkat sekolah menengah nanti. Batch kedua akan menyusul mengikut ketetapan tarikh yang akan ditentukan kemudian selepas batch pertama selesai menjalani kem latihan nanti.
Barisan jurulatih bawah 12 telah mencadangkan untuk menubuhkan satu TEAM ELITE UNDER 12 untuk persiapan pasukan ke kejohanan sepanjang musim 2022. Pemilihan pemain akan di nilai berdasarkan prestasi semasa sepanjang Liga SupaRimau Season B. 24 orang pemain akan dipanggil dari usia 11&12 tahun bagi mengisi slot pemain TEAM ELITE UNDER 12. Pemain perlu mengikuti setiap program yang telah di tetapkan dan sentiasa menujukkan prestasi yang terbaik untuk kekal bersama pasukan.
SELAMAT DATANG KE HARIMAU MUDA
KLANG FOOTBALL ACADEMY
Kepada pelatih baharu. TERIMA KASIH kerana memilih HARIMAU MUDA KLANG sebagai platform perkembangan anak-anak seawal usia dalam sukan bola sepak. Kami sangat komited untuk memberi peluang kepada anak-anak menimba pengalaman dan merasai sendiri latihan dan perlawanan mengikut format sebenar bola sepak akar umbi serta di latih oleh jurulatih yang berkelayakan dari FAM (Sijil Kejurulatihan Grassroots). Kami juga sangat mengharapkan penglibatan ibubapa untuk sama-sama membantu membangunkan martabat bola sepak terutama di peringkat akar umbi ini. TERIMA KASIH DIATAS KEPERCAYAAN.
"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"
Comments
Post a Comment